Page 114 - CAHAYA SUCI
P. 114

BAB 25




                          Khairil menelefon Encik Jonid untuk memberitahu yang dia lewat


                   masuk  ke  pejabat  hari  ini  kerana  hendak  ke  hospital  untuk  melihat

                   Rahim.




                          Sampai  saja  di  hospital  dia  telah  diberitahu  oleh  Doktor  Izwan


                   yang Rahim telah pun sedar. Dia juga telah dipindahkan ke wad biasa.




                          “Di  mana  saya  sekarang  …,”  Rahim  bersuara  lemah  dan  cuba

                   untuk bangun daripada katil pesakit.




                          “Im! Bawa bertenang. Jangan bawa banyak bergerak. Keadaan Im


                   masih  lemah  lagi.  Syukurlah!  Im,  dah  sedar  semula,”  katanya  pada

                   Rahim.




                          “Abang Khairil …,” ujar Rahim perlahan sambil memandang muka


                   Khairil yang duduk di sisinya.




                          “Ya, Im!” angguknya pula dengan pantas.




                          “Seingat  Im  malam  tu  Im  berlumba  motosikal.  Dengan  Roy  dan

                   kawan-kawannya. Lepas tu Im jatuh dan tak ingat apa-apa. Sehinggalah



                                                            114
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119