Page 129 - CAHAYA SUCI
P. 129
“Dia telah menjalinkan hubungan dengan perempuan lain. Hancur
hati akak. Inikah yang dibalasnya terhadap kesetiaan dan rasa sayang
akak padanya selama ini. Yang melebihi segala-galanya. Bukan itu saja
….” Rasa sayu semakin sukar untuk dibendung dalam dirinya.
“Kerana perempuan tu dia sanggup pukul akak ….” Dia
mengeluarkan nada suara yang perlahan.
“Kerana tak tahan selalu dipukul akak pun minta cerai daripada
dia …!” Aina lalu menangis teresak-esak.
Sofia lantas terdiam dan berasa simpati setelah mendengar apa
yang diceritakan oleh kakak angkatnya itu. Tanpa disedari air matanya
juga mengalir sambil memeluk Aina.
Sepanjang malam rasa kepiluan mengusik hati Aina bersama
dengan angin yang berhembus syahdu dan dingin.
129

