Page 198 - CAHAYA SUCI
P. 198

bersemangat  untuk  membantu  persatuan  belia  menjayakan  kempen

                   mencegah gejala merempit di kalangan remaja,” ikrarnya.





                          “Baguslah  macam  tu,  Im!”  Azman  menepuk-nepuk  lembut  bahu

                   Rahim.




                          “Program  seumpama  ini  mesti  diteruskan  sentiasa.  Saya  yakin


                   kempen  ini  akan  berjaya  mencapai  matlamat  sekiranya  kita  berusaha

                   bersungguh-sungguh untuk menjayakannya,” ucapnya.




                          “Paling  menarik  bila  Im  melaungkan  slogan  Remaja  Hidup


                   Sejahtera  Tanpa  Rempit  yang  disambut  dengan  penuh  semangat  oleh

                   ribuan belia yang hadir.” Khairil tak henti-henti menghamburkan kata-


                   kata pujian pada Rahim.




                          “Semoga mereka akan menjadikan slogan yang Im tiup ini sebagai

                   kata-kata  perangsang  untuk  menjauhkan  diri  daripada  gejala


                   merempit,” katanya lagi.




                          Maka  keesokan  harinya  tersebar  luas  di  dada  akhbar  berkenaan


                   kejayaan  program  ceramah  kesedaran  akan  bahaya  kegiatan  merempit

                   di kalangan remaja sempena sambutan hari belia peringkat kebangsaan.

                   Tambah  menarik  perhatian  ceramah  bukan  sahaja  disampaikan  oleh



                                                            198
   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203