Page 195 - CAHAYA SUCI
P. 195

“Entahlah, Bedah …,” Pak Rahman bersuara perlahan.




                          “Abang  sendiri  pun  tak  tahu  kenapa  abang  berjauh  hati  untuk


                   menerima  anugerah  ini.  Mungkin  kerana  abang  berpegang  pada  ada

                   yang abang lakukan selama ini adalah satu pengorbanan semata-mata


                   untuk melihat tanah air yang tercinta ini merdeka,” tambahnya.




                          “Inilah  yang  abang  dapat  hasil  daripada  pengorbanan  abang  itu.

                   Abang  seharusnya  berasa  bersyukur  dengan  apa  yang  telah


                   dianugerahkan  oleh  Tuhan  kepada  abang.  Jasa  dan  sumbangan  yang

                   abang  curahkan  dikenang  orang  ketika  abang  masih  lagi  hidup,”  ujar


                   isterinya pula sebaliknya.




                          Sekali  lagi  dia  jadi  terdiam  apabila  mendengarkan  apa  yang

                   dikatakan oleh isterinya itu.




                          “Maafkan Bedah, bang …,” kata isterinya lembut.




                          “Bukan  maksud  Bedah  hendak  menyinggung  perasaan  abang.


                   Bedah  bangga  bersuamikan  abang  seorang  pejuang  kemerdekaan.


                   Bedah akan bertambah rasa bangga bila anugerah yang abang dapat itu

                   dapat  menjadi  bukti  kepada  cucu-cicit  kita  bahawa  datuknya  adalah






                                                            195
   190   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200