Page 200 - CAHAYA SUCI
P. 200

BAB 38




                          Hari ini adalah hari yang paling bersejarah dalam hidup seorang


                   penulis  yang  terkenal  dengan  nama  penanya  Pelita  Bangsa  atau  Pak

                   Rahman  apabila  dia  menerima  Anugerah  Penulis  Puisi  Kemerdekaan


                   dalam  satu  majlis  khas  yang  diadakan  di  salah  sebuah  hotel  yang

                   terkemuka  di  Kuala  Lumpur  bersempena  dengan  sambutan  bulan


                   kemerdekaan negara. Isterinya Mak Bedah juga hadir dalam majlis yang

                   penuh makna dan gilang-gemilang ini.




                          “Terima kasih, Khairil!” ucapnya sebaik-baik sahaja majlis selesai.




                          “Atas  usaha  Khairil  Pak  Rahman  dapat  anugerah  ini.”  Dia


                   melahirkan rasa penghargaan.




                          “Pak  Rahman  seharusnya  berterima  kasih  pada  Encik  Jonid.

                   Ketua di tempat saya bekerja ini telah mengarahkan saya untuk menulis


                   kisah Pak Rahman dan seterusnya menarik perhatian ahli jawatankuasa

                   pemilihan untuk memberikan anugerah ini pada Pak Rahman,” Khairil


                   sebaliknya menjawab.




                          “Kemerdekaan yang kita nikmati pada hari ini adalah hasil usaha

                   perjuangan Pak Rahman. Jadi sewajarnyalah jasa dan sumbangan yang



                                                            200
   195   196   197   198   199   200   201   202   203