Page 10 - JALAN PULANG
P. 10

“Sama-sama!”  dia  membalas  sambil  menganggukkan  kepala  dan

                   pantas berlalu pergi dari situ.





                          Tanpa membuang masa lagi, mereka lalu menikmati makanan dan

                   minuman  yang  dipesan.  Selepas  selesai  menikmati  makanan  dan


                   minuman, mereka berdua menyambung semula perbualan.




                          “Aku  bukannya  apa,  Ki.  Sebagai  seorang  kawan,  aku  tak  mahu

                   kau  menyesal  di  kemudian  hari.  Berniaga  ni  bukan  senang,  Ki.  Ibarat


                   kapal di tengah lautan. Kalau kau tak  pandai menghadapi gelombang,

                   kau akan tenggelam,” nasihat Afian dengan panjang lebar.




                          “Kau  sama  dengan  isteri  aku.  Bukan  nak  bagi  semangat.  Nak


                   patahkan semangat.” Dia langsung tidak menghiraukan nasihat sahabat

                   karibnya itu.




                          “Ini  bukan  soal  beri  semangat  atau  patahkan  semangat,  Ki.  Aku


                   bercakap ni adalah berdasarkan kenyataan.”




                          “Kenyataan apa?”




                          “Kau  jangan  ikut  rentak  orang,  Ki.  Bila  kau  tengok  orang  lain

                   buka syarikat, kau pun nak buka syarikat. Dia orang tu mungkin dah





                                                             10
   5   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15