Page 11 - JALAN PULANG
P. 11

berpuluh-puluh  tahun  menceburi  bidang  perniagaan.  Sedangkan  kau

                   baru 5 tahun bekerja dengan Syarikat Inderapura Holdings Sdn. Bhd.”





                          “Terima  kasih,  Pian.  Kerana  menasihatkan  aku.  Tapi,  kau  tak

                   akan  dapat  mengubah  keputusan  aku.  Kita  dah  lama  berkawan.  Kau


                   tentu arif dengan prinsip hidup aku, bukan? Apa yang aku kata mesti

                   aku kota,” Shauki membalas dengan panjang lebar.




                          Selang beberapa bulan kemudian dia pun menubuhkan Syarikat


                   Perkasa  Construction  Sdn.  Bhd.  Ternyata  syarikatnya  berjaya

                   memperolehi  keuntungan  yang  banyak.  Syarikatnya  banyak  mendapat


                   projek  mewah.  Duit  keuntungan  syarikat  lebih  banyak  dilaburkannya

                   dengan  melancong  ke  luar  negara  bersama  keluarga  serta  membeli


                   beberapa buah banglo dan kereta mewah. Tindakannya berbelanja boros

                   ini telah ditegur oleh Zamri iaitu Pegawai Akaun di syarikatnya. Namun


                   begitu tidak diendahkannya.




                          “Jangan  berbelanja  boros,  Encik  Shauki.  Syarikat  kita  akan

                   menerima padah nanti.”





                          “Itu  hak  saya,  Zamri.  Saya  pengurus  besar  di  syarikat  ni.

                   Bukannya  awak.  Saya  boleh  buat  apa  aja  yang  saya  suka.  Awak  tu

                   makan gaji dengan saya. Faham!”





                                                             11
   6   7   8   9   10   11   12   13   14   15   16