Page 105 - JALAN PULANG
P. 105

“Tapi  apa?  Kalau  awak  belajar  tentu  dapat  keputusan  yang

                   cemerlang dalam setiap semester. Ini tidak. Saya dapat berita yang awak


                   terlibat  dengan  gejala  rempit.  Awak  mesti  ingat,  Minhat.  Awak  tu


                   seorang  mahasiswa.  Sepatutnya  menumpukan  sepenuh  masa  pada

                   pelajaran  dan  bukannya  terlibat  dengan  gejala  yang  tidak  sihat.  Saya


                   harap  mulai  dari  hari  ini  awak  berubah,”  nasihat  Encik  Aziz  dengan

                   panjang  lebar.  Minhat  sebaliknya  hanya  mampu  tunduk  diam  tanpa


                   bersuara.




                          Hari  peperiksaan  pun  tiba.  Dengan  langkah  yang  tenang  dan

                   semangat  yang  berkobar-kobar  seperti  api  membakar  Maizan


                   menduduki  peperiksaan.  Lain  pula  halnya  dengan  Minhat.  Dia  tetap

                   tidak berubah. Nasihat yang diberikan oleh Encik Aziz kepadanya ibarat


                   kata pepatah mencurah air di daun keladi sahaja. Dia asyik berfoya-foya

                   dan  merempit.  Dalam  erti  kata  lain  leka  dengan  keseronokan  dunia


                   dalam usia yang masih muda.




                          Beberapa  kemudian  peperiksaan  pun  diumumkan.  Ternyata

                   segala pengorbanan dan kegigihan Maizan selama ini tidak sia-sia. Dia


                   berjaya  memperolehi  keputusan  yang  cemerlang.  Doa  kesyukuran  dan


                   linangan air mata gembira mengiringi kejayaannya.










                                                             105
   100   101   102   103   104   105   106   107   108   109   110