Page 127 - JALAN PULANG
P. 127

“Sia-sia apa pulak ni, Nan. Aku tak nampak usaha Munir tu akan

                   gagal.  Lagipun  anak-anak  muda  melalui  Persatuan  Belia  kampung  ni


                   turut sama mengusahakannya.” Tok Ketua menyatakan sokongan yang


                   tidak berbelah bagi.




                          “Itulah, tok. Mudah percaya sangat dengan kata-kata Munir. Saya

                   dah lama kenal dengan dia tu. Cakap saja lebih. Kata orang tak ubah


                   macam  tong  kosong.  Bunyi  aje  lebih.  Tapi  hasil  tak  ada!”  Adnan

                   membalas.




                          “Apa pasal kau marah sangat dengan Munir ni? Salah ke apa yang


                   dia  buat  tu.  Sepatutnya  kau  turut  sama  memberikan  sokongan  dan

                   bukannya merosakkan rancangan dia,” ujar Tok Ketua pula.




                          Kebosanan. Jelas terpancar di riak wajah Adnan. Jarumnya untuk


                   mempengaruhi  Tok  Ketua  agar  tidak  menyokong  projek  Munir  itu

                   nampaknya tidak berjaya. Sebenarnya ada udang di sebalik batu.




                          “Begini ajelah, tok. Biar saya berterus terang ajelah. Saya berjanji.


                   Nak  jualkan  tanah  tu  pada  tuan  syarikat  saya  bekerja.  Berapa  saja


                   harganya dia sanggup beli,” jelas Adnan dalam nada suara yang lembut

                   memujuk Tok Ketua.








                                                             127
   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132