Page 126 - JALAN PULANG
P. 126

Tuhan.  Oh,  ya!  Sebelum  aku  terlupa.  Kau  ada  kawan  tak  di  Jabatan

                   Pertanian. Kita perlu dapatkan bantuan dan khidmat nasihat dulu.”





                          “Itu  kau  jangan  bimbang.  Aku  memang  ada  kawan  di  Jabatan

                   Pertanian. Besok kita ke sana. Jumpa dia.”




                          Ternyata  Jabatan  Pertanian  menyokong  penuh  usaha  murni


                   Munir itu. Namun begitu sudah menjadi lumrah manusia. Sesuatu yang

                   baik itu adaketikanya sukar diterima.




                          “Apa?  Munir  mengusahakan  tanaman  buah-buahan  dan  sayur-


                   sayuran  di  tanah  terbiar  tu?”  kata  Adnan  dengan  penuh  rasa

                   terperanjat.




                          “Ya! Tengah rancak berjalan sekarang ni. Aku betul-betul kagum


                   dengan  dia.  Lulusan  universiti  yang  tak  memilih  kerja.  Sekurang-

                   kurangnya  tanah  tu  ada  jugak  hasilnya.  Daripada  terbiar  begitu  saja,”


                   Tok Ketua sebaliknya menjawab.




                          “Itu kerja sia-sia namanya, tok. Langsung tak ada faedah. Tanah


                   yang  terbiar  tu  boleh  mendatangkan  hasil  yang  lumayan  kepada

                   kampung ni. Kalau kena dengan caranya.” Dia terang-terang menentang

                   projek yang diusahakan oleh Munir itu.





                                                             126
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131