Page 133 - JALAN PULANG
P. 133

sayuran dan pokok buah-buahan,” ucap Sidik sebaik-baik sahaja selesai

                   meneguk minuman.





                          Munir lalu menarik nafas panjang.




                          “Itulah  yang  kita  mahu.  Anak-anak  muda  di  kampung  ni  dapat

                   menyumbang  sesuatu  yang  berguna  dalam  usia  ibarat  sehelai  daun


                   hijau,” balas Munir.




                          “Aku setuju sekali dengan kata-kata kau tu. Sejak projek tanaman

                   semula ni bermula aku sebagai Pengerusi Persatuan Belia kampung ni


                   tengok  mereka  jauh  dah  berubah.  Tak  macam  dulu.  Lebih  banyak

                   melakukan perkara yang tak berfaedah,” Sidik menambah.




                          “Mereka  memang  mudah  terpengaruh  dengan  perkara  begitu.


                   Siapa lagi yang nak mengubahnya. Kalau bukan kita. Oh, ya! Sebelum

                   aku  terlupa.  Sayur-sayuran  kita  tu  dah  ada  pemborong.  Harga  yang


                   ditawarkan pun berpatutan,” ucap Munir pula.




                          “Ya  ke? Baguslah  macam tu!” Sidik sebaliknya membalas sambil


                   mengangguk-anggukkan kepala.










                                                             133
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138