Page 130 - JALAN PULANG
P. 130

Tersentak  Adnan  apabila  mendengar  kata-kata  yang  keluar

                   daripada mulut Tok Ketua itu. Pedas dan tajam bunyinya. Namun begitu


                   dia  tetap  tidak  berputus  asa.  Memujuk  Tok  Ketua  supaya  memenuhi


                   impiannya  memperolehi  habuan  lumayan  hasil  daripada  jualan  tanah

                   itu.




                          “Tok,  projek  rumah  peranginan  yang  dicadangkan  oleh  tuan


                   syarikat  saya  tu  bukan  kecil.  Belanjanya  besar.  Dengan  bermacam-

                   macam  kemudahan  yang  disediakan  tentu  akan  menarik  pelancong


                   dating  ke  kampung  ni  dan  bertambah  maju.  Setanding  dengan

                   kampung-kampung  lain.  Hah,  tok  jugak  nanti  dapat  nama,”  ucap


                   Adnan.




                          “Sekali  lagi  kau  silap,  Nan.  Orang  tua  yang  sekarang  berada  di

                   depan  kau  ni  tidak  mengejar  nama  walaupun  berkuasa.  Begini  ajelah.


                   Bidang  pertanian  juga  boleh  menyumbang  kemajuan  pada  kampung

                   tanah  kelahiran  kau  ni.  Projek  rumah  peranginan  tuan  syarikat  kau


                   bekerja tu belum tentu dapat mendatangkan hasil untuk dinikmati oleh

                   penduduk kampung ni. Takut nanti lebih banyak pembaziran aje,” Tok


                   Ketua sebaliknya menjawab dengan panjang lebar.




                          “Dahlah, tok. Saya buat benda yang baik untuk kampung ni tok

                   tak setuju. Benda yang tak berfaedah langsung dibuat oleh Munir tu tok





                                                             130
   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135