Page 145 - JALAN PULANG
P. 145

“Awak  dengar  sini  ya.  Kita  tak  akan  kahwin.  Biar  saya  berterus

                   terang  dengan  awak.  Bakal  isteri  saya  bernama  Sherin.  Anak  Datuk


                   Mohd  Nor.  Saya  dan  dia  dah  lama  berkenalan  sewaktu  sama-sama


                   menuntut  di  luar  negeri  dulu.  Saya  dan  Sherin  dah  kenal  hati  budi

                   masing-masing.  Sedangkan  awak  baru  saya  kenal  bekerja  dengan


                   syarikat ayah saya. Dah terus nak kahwin. Jawapannya minta maaf dari

                   saya!” ujar Azam pula dengan panjang lebar berserta rasa bongkak.




                          “Encik  Azam.  Ini  adalah  kehendak  Tuan  Johan  sendiri.  Bukan


                   kehendak saya,” tambah Maimunah dengan tenang.




                          “Sudah.  Saya  tak  mahu  dengar  itu  semua.  Ayah  saya  paksa

                   macam  mana  sekalipun  saya  tetap  tidak  akan  kahwin  dengan  awak.


                   Faham!”  Azam  memberikan  kata  putus.  Maimunah  sebaliknya

                   mendiamkan diri.




                          Pak  Latip  dan  Mak  Kiah  rancak  berbual-bual.  Tiba-tiba


                   kedengaran  suara  orang  memberi  salam  dari  bawah  rumah.  Pak  Latip

                   dan Mak Kiah lalu menjawab salam.





                          “Ada  orang  datang.  Cuba  awak  tengok  siapa  tu,”  arah  Pak  Latip

                   pada isterinya. Mak Kiah bingkas bangun menuju ke pintu.







                                                             145
   140   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150