Page 148 - JALAN PULANG
P. 148

Azam  dan  ibunya  kelihatan  sedang  rancak  berbincang  mengenai

                   perkahwinan  dengan  Maimunah  ketika  Johan  memasuki  ruang  tamu


                   rumah mewah itu.




                          “Awal abang balik hari ni. Tak macam biasa. Abang tak ke pejabat


                   ke hari ni.” Faridah mengalih tajuk perbualan.




                          “Tak. Saya ke rumah Abang Latip dan Kak Kiah. Bincangkan hal

                   perkahwinan  Azam  dengan  Maimunah,”  Johan  menambah  setelah


                   duduk di atas kerusi sofa antik.




                          “Ayah …!” Azam tidak sempat untuk bercakap.




                          “Sudah,  Azam!  Apalagi  yang  kau  nak.  Segala  kemewahan  hidup

                   ayah  dah  beri.  Takkan  permintaan  ayah  yang  baik  ini  tak  boleh  kau


                   tunaikan!” Johan pantas memotong dalam nada suara yang tegas.




                          “Dah dia tak nak Maimunah sebagai isteri nak buat macam mana.

                   Mana boleh paksa-paksa dalam soal kahwin ni,” celah Faridah pula.





                          “Awak jangan bercakap sedap mulut aje. Soal paksa tidak timbul

                   dalam perkahwinan yang saya aturkan ini. Tapi yang penting bahagia.

                   Ingat,  Azam.  Kaulah  satu-satunya  pewaris  syarikat  ayah.  Maimunah





                                                             148
   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153