Page 149 - JALAN PULANG
P. 149

adalah pilihan tepat untuk bersama dengan kau untuk menjaga syarikat

                   demi  anak  cucu  ayah  pada  masa  yang  akan  datang,”  Johan


                   mengingatkan anaknya.




                          “Tapi,  ayah.  Kan  saya  dah  cakap.  Saya  tak  cintakan  …,”  Azam


                   terhenti.




                          “Cukup,  Azam!  Kan  ayah  dah  cakap.  Ayah  tak  akan  berpatah

                   balik.  Kau  tetap  akan  berkahwin  dengan  Maimunah.  Kau  jangan  nak


                   beri  ayah  malu.  Sudah.  Waktu  asar  dah  pun  masuk.  Siap  cepat.  Kita

                   pergi  berjemaah  di  masjid.  Awak  Faridah  ikut  sekali,”  potong  Johan


                   dengan pantas dan panjang lebar sambil bingkas bangun.




                          “Yalah,  bang.  Azam  pergi  cepat  siap.  Tak  lama  lagi  kau  akan

                   bergelar  suami.  Sebagai  ketua  keluarga  kau  kenalah  menunjukkan


                   teladan  yang  baik  sebagaimana  yang  dituntut  oleh  agama  dalam

                   membina sebuah keluarga yang bahagia,” Faridah sebaliknya bersuara


                   sambil memandang wajah Azam.




                          “Baiklah,  mak!”  Azam  membalas  sambil  mengangguk-anggukkan


                   kepala tanda menurut sahaja apa yang diarahkan oleh ayah dan ibunya

                   itu.








                                                             149
   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153   154