Page 153 - JALAN PULANG
P. 153

Azam  kemudiannya  lalu  memanggil  pelayan  untuk  mendapatkan

                   bil bayaran makanan dan minuman yang dipesan.





                          Pagi  itu  setibanya  di  pejabat  Zarina  setiausaha  syarikat

                   memberitahu  Azam  ayahnya  hendak  berjumpa.  Tanpa  berlengah  lagi


                   Azam menuju ke bilik ayahnya.




                          “Ada  apa,  ayah?”  tanya  Azam  sebaik-baik  sahaja  duduk  di  atas

                   kerusi.




                          “Kau  baca  ni,”  arah  Johan  sambil  menghulurkan  suratkhabar


                   kepada Azam.




                          “Apa? Anak seorang usahawan terkenal bergelar Datuk ditangkap

                   khalwat.  Sherin!”  Azam  berasa  sungguh  terperanjat  apabila  membaca


                   berita panas yang tersiar dalam suratkhabar hari ini.




                          Dia  terus  diam  membisu.  Baru  dia  mengerti  kini.  Cintanya

                   terhadap Sherin ibarat mencurah air di daun keladi sahaja. Selama ini


                   dia hanya bertepuk sebelah tangan sahaja. Sherin hanya berpura-pura


                   menyintai  dirinya.  Rasa  kecewa  dan  luka  yang  pedih  seperti  ditikam

                   sembilu tajam pantas menyelubungi perasaan. Namun begitu dia tetap

                   bersyukur kerana tidak menjadikan Sherin sebagai isteri.





                                                             153
   148   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158