Page 155 - JALAN PULANG
P. 155

12




                                                     JALAN PULANG




                          Selepas  mandi  Amri  turun  bersarapan.  Selesai  bersarapan  dia


                   terus ke kolej dengan menaiki motosikal.




                          “Macam mana dengan malam ni? Jadi ke?” kata Rashid pada Amri

                   sebaik-baik sahaja tiba di kolej.




                          “Jadi!” Amri menjawab dengan cepat.




                          “Aku yakin. Kita pasti menang malam ni,” sokong Rashid pula.




                          Tiba-tiba  lalu  seorang  pelajar  perempuan  ayu  bertudung.  Jalan


                   tunduk dan penuh sopan.




                          “Siapa  tu?  Boleh  tahan.  Cantik,”  ucap  Amri  tidak  berkelip-kelip

                   memandang pelajar perempuan itu.





                          “Pelajar  baru  agaknya.  Kenapa?  Kau  dah  jatuh  hati  ke?”  Rashid

                   sebaliknya bersuara.







                                                             155
   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160