Page 156 - JALAN PULANG
P. 156

“Taklah sampai ke situ. Tapi …. Lawa,” ulang Amri lagi.




                          “Hah.  Kan  aku  dah  kata.  Itu  tandanya  kau  dah  terpikat  dengan


                   dia, kan,” Rashid menambah.




                          “Dahlah.  Gadis  pakai  tudung  mana  boleh  jadi  awek  aku,”  dalih

                   Amri pula.




                          “Habis tu. Kau asyik kata cantiklah lawalah. Bukan dah jatuh hati


                   namanya, Amri. Terus terang ajelah,” desak Rashid.




                          “Sudahlah.  Kau  jangan  nak  merepek.  Kelas  pun  dah  nak  mula.

                   Mari kita pergi. Nanti membebel lagi Encik Zulkarnain. Lambat masuk


                   kelas,” ajak Amri.




                          Selepas  tamat  kelas  Amri  dan  Rashid  tidak  terus  pulang  ke

                   rumah.  Kedua  sahabat  baik  itu  sebaliknya  rancak  berbual-bual  di


                   tempat letak motosikal. Tajuk perbualan Amri dan Rashid lebih kepada

                   perlumbaan malam ini.





                          “Malam ni pukul berapa, Amri?” soal Rashid.











                                                             156
   151   152   153   154   155   156   157   158   159   160   161