Page 154 - JALAN PULANG
P. 154

Johan mengerti akan apa yang sedang bersarang di jiwa anaknya

                   setelah membaca berita yang sungguh menggemparkan itu.





                          “Azam  ….  Setiap  yang  Tuhan  aturkan  itu  ada  hikmahnya.  Sama

                   seperti perkahwinan yang ayah aturkan ini. Ayah pernah melihat Sherin


                   keluar  dengan  ramai  lelaki.  Demi  tidak  mahu  melihat  kau  menderita

                   sekiranya  berkahwin  dengan  dia  maka  ayah  memilih  Maimunah  gadis


                   kampung  sebagai  isteri  kau.  Azam.  Jangan  terlalu  memandang  pada

                   kecantikan  tetapi  yang  penting  kesetiaan  dan  kejujuran  di  hati  dalam


                   membina  kebahagiaan  hidup  bersama  sebagai  suami  isteri,”  nasihat

                   Johan pada anaknya dalam nada suara lembut dan panjang lebar.




                          Azam  sebaliknya  lalu  menarik  nafas  yang  panjang  dan


                   memandang wajah ayahnya.




                          “Saya  minta  maaf,  ayah.  Barulah  saya  sedar  kini  mengapa  ayah

                   memilih Maimunah sebagai isteri saya. Terima kasih, ayah. Saya akan


                   menerima  Maimunah  sebagai  isteri  dengan  rasa  penuh  cinta  dan

                   ikhlas,” kata Azam.





                          “Alhamdulillah,” Johan melafazkan rasa penuh kesyukuran.









                                                             154
   149   150   151   152   153   154   155   156   157   158   159