Page 234 - JALAN PULANG
P. 234

“Kau  dengar  sini  lagi.  Aku  akan  pastikan  yang  kau  tak  akan

                   keluar  dari  rumah  ni.  Aku  akan  jadikan  kau  pembawa  keuntungan


                   kepada aku. Kalau kau cuba lari nahas kau!” ugut Eddy pula.




                          Marlisa  hanya  terdaya  menangis  teresak-esak.  Mengenangkan


                   nasib  malang  yang  menimpa  dirinya.  Di  ketika  ini  barulah  terbayang

                   wajah  ayah  dan  ibunya  di  ruang  mata.  Rasa  penyesalan  timbul  di


                   hatinya. Inilah akibat apabila terlalu menurut kata hati. Tanpa berfikir

                   panjang.




                          Barulah  dia  mengerti  kini.  Segala  yang  dibuat  oleh  ayah  dan


                   ibunya selama ini adalah demi kebaikan kerana rasa kasih sayang pada

                   seorang anak.




                          Nasib gadis remaja Marlisa bertambah parah. Lelaki yang bernama


                   Eddy telah mengambil kesempatan di atas kelemahan dirinya. Dia telah

                   dijual  di  hotel  murahan.  Tetapi  dalam  satu  serbuan  membanteras


                   maksiat oleh pihak berkuasa dia telah ditahan.




                          Memandangkan dia masih gadis remaja lagi dia telah dihantar ke


                   sekolah pemulihan akhlak.










                                                             234
   229   230   231   232   233   234   235   236   237   238   239