Page 265 - JALAN PULANG
P. 265

Mendengarkan  saja  kata-kata  isterinya  itu  membuatkan  Haji

                   Dollah diam. Semua ini adalah dugaan Tuhan. Harus diterima dengan


                   rasa  penuh  sabar  dan  redha.  Untuk  menguji  sejauhmana  keimanan


                   hamba-Nya.




                          Setiapkali selepas sembahyang dia tidak lupa memunajatkan doa.

                   Moga anak yang dirinduinya itu kembali semula kepadanya.




                          "Kenapa  ni,  Zam?  Dua  tiga  hari  ni  aku  nampak  kau  termenung


                   aje. Kau ada masalah ke?" soal Shukri. Rakan serumahnya.




                          Azam sebaliknya diam. Tidak menjawab pertanyaan Shukri itu. Di

                   luar cuaca nampak cerah. Sejak dari pagi tadi sehinggalah ke petang ini.


                   Tanda-tanda hujan akan turun tidak kelihatan langsung.




                          "Cakaplah, Zam? Kenapa kau jadi begini? Tak macam selalu. Atau

                   kau tak sihat agaknya," desak Shukri pula.




                          "Tak ada apa-apalah …!" Azam menggeleng-gelengkan kepala dan


                   berkata perlahan.




                          "Kau  tak  usahlah,  risau.  Aku  sihat,"  sambungnya  lagi  sambil

                   memandang wajah rakan serumahnya itu.





                                                             265
   260   261   262   263   264   265   266   267   268   269   270