Page 311 - JALAN PULANG
P. 311
pihak pembangkang terus membakar semangat para penyokong untuk
bangkit menentang kerajaan.
Serentak dengan itu keadaan yang tadinya aman tiba-tiba
bertukar menjadi tegang.
“Apa tunggu lagi? Mari kita ikut mereka bersama-sama
melepaskan kemarahan!” ajak Syazwan.
“Betul kata kau, Wan. Dengan bertindak liar dan ganas sajalah
jalan yang terbaik untuk mendesak kerajaan agar berundur,” dia
menyambut.
“Nanti dulu, nak!” tahan lelaki tua itu dengan tiba-tiba.
“Pak cik lagi? Apa yang pak cik nak lagi ni? Boleh tak pak cik
jangan ganggu saya?” dia berkata.
Bosan! Jelas nampak di mukanya apabila didatangi oleh lelaki tua
itu.
“Bukan cara begini yang harus anak tunjukkan sebagai seorang
pelajar universiti,” dia menasihatkan Nazim.
311

