Page 315 - JALAN PULANG
P. 315
“Terima kasih, pak cik. Kerana telah membebaskan saya. Pak cik
.... Saya minta maaf di atas segala sikap buruk saya terhadap pak cik
....” Dia melahirkan rasa penyesalan dalam nada suara yang perlahan.
“Sudahlah tu, nak. Anak tak ada salah apa dengan pak cik,” lelaki
tua itu sebaliknya menjawab.
“Saya rasa menyesal pak cik. Kalau saya dengar cakap pak cik
dah tentu saya tak jadi begini,” dia membalas.
“Syukur alhamdulillah, nak. Anak telah pun sedar daripada
kesilapan!” Lelaki tua itu mengangguk-anggukkan kepala dan menepuk-
nepuk lembut bahu Nazim.
“Pak cik harap selepas ini anak tidak akan melibatkan diri lagi
dalam demonstrasi jalanan. Ingatlah. Anak adalah seorang mahasiswa
dan tumpukanlah sepenuh perhatian terhadap pelajaran.” Dia tak
putus-putus menasihatkan Nazim.
Memang benar apa yang dikatakan oleh lelaki tua itu. Kerana
termakan hasutan pihak pembangkang agar membenci kerajaan dia
sanggup bertindak liar dan ganas merosakkan harta benda awam. Yang
seharusnya tidak ada dalam dirinya sebagai seorang yang terpelajar.
315

