Page 316 - JALAN PULANG
P. 316

Dia  lalu  tersedar  daripada  mimpi.  Kemudian  dia  mandi  dan

                   menunaikan  solat  Subuh.  Selesai  solat  Subuh  Nazim  termenung  jauh


                   memikirkan  mimpi  yang  dialaminya  bersama  lelaki  tua  yang


                   dianggapnya misteri itu.




                          “Ayah  dan  ibu  anak  pasti  akan  berasa  kecewa.  Kalau  mereka

                   mengetahui        yang     anak     terlibat     dengan      demonstrasi       untuk


                   menggulingkan  kerajaan.  Pihak  universiti  pula  sudah  pasti  akan

                   mengambil tindakan tegas terhadap anak. Kerana tidak mematuhi etika


                   sebagai seorang pelajar. Bayangkanlah betapa ruginya anak kehilangan

                   peluang  menimba  ilmu  pengetahuan  di  menara  gading  dan  mendapat


                   pekerjaan  yang  baik  apabila  tamat  nanti  disebabkan  terlibat  dengan

                   demonstrasi  jalanan.  Pak  cik  harap  anak  belajarlah  bersungguh-


                   sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan

                   semester  akhir  yang  akan  anak  hadapi  tak  lama  lagi.”  Itulah  yang


                   diucapkan oleh lelaki tua itu dengan panjang lebar sebelum dia hilang

                   daripada mimpi yang dialami oleh Nazim.




                          Rasa  keinsafan  lalu  menyelubungi  dirinya.  Dia  menanamkan


                   tekad  mulai  daripada  hari  ini  dia  akan  berpihak  kepada  kerajaan  dan


                   berazam untuk memperolehi ijazah sarjana muda kelas pertama dalam

                   bidang undang-undang. Sebagai membalas jasa dan pengorbanan ayah








                                                             316
   311   312   313   314   315   316   317   318   319   320   321