Page 313 - JALAN PULANG
P. 313
“Aku tak bohong, Wan!” sambungnya lagi.
“Sudah! Sakit kepala aku melayan kau ni!” potong Syazwan
dengan pantas.
Hairan! Macam mana dia tak boleh nampak orang tua tu? Padahal
dia dekat dengan orang tua tu! Hati kecilnya tak henti-henti berdetik.
Dia kemudiannya mengatur langkah untuk menyertai kumpulan
penyokong pihak pembangkang mencetuskan huru-hara.
Melihatkan keadaan ini peniaga-peniaga di ibu kota telah
menutup kedai mereka. Begitu juga dengan perkhidmatan bas, teksi dan
transit aliran ringan juga tergendala. Akibat daripada demonstrasi
jalanan yang dicetuskan oleh penyokong parti pembangkang.
“Sudah, nak. Mari ikut pak cik balik. Tak usah buat kerja yang
tak berfaedah ni!” larang lelaki tua itu lagi.
“Ah! Kan aku suruh kau pergi! Pergi!” jeritnya pula sebaliknya
dengan sekuat-kuat hati.
313

