Page 329 - JALAN PULANG
P. 329

Peperangan bukanlah satu jalan penyelesaian yang terbaik dalam

                   menangani  sesuatu  isu.  Seperti  yang  dihadapi  oleh  Negara  Naga  Sakti


                   dan Negara Debunga Wangi terhadap Pulau Payung.




                          “Negara kita tidak seharusnya mengheret Negara Debunga Wangi


                   ke kancah peperangan. Disebabkan pertikaian hak milik Pulau Payung,”

                   kata Bujang.




                          Seorang  siswazah  yang  mengambil  jurusan  undang-undang  di


                   salah sebuah universiti yang terdapat di Negara Naga Sakti.




                          “Peperangan membawa kepada kemusnahan,” sokong Dara rakan

                   sejurusan dengannya.




                          “Memang benar apa yang kau katakan tu, Dara!” dia menyambut


                   dengan mengangguk-anggukkan kepala.




                          “Rakyat akan merasa hidup susah dan menderita akibat daripada

                   peperangan.  Terus  terang  aku  katakan  aku  tidak  menyokong


                   peperangan  walaupun  telah  diputuskan  oleh  Ketua  Negara  dan


                   pemimpin-pemimpin atasan dalam Mesyuarat Negara,” dia menyambung

                   lagi.








                                                             329
   324   325   326   327   328   329   330   331   332   333   334