Page 331 - JALAN PULANG
P. 331

“Sama  seperti  mereka  memilih  ketua  negara  dan  barisan

                   kepemimpinannya.  Untuk  menerajui  negara  ini.  Macam  yang  aku


                   katakan tadi. Peperangan sebenarnya adalah satu bala bencana kepada


                   rakyat. Tapi jawapannya mudah mengapa ketua negara dan pemimpin-

                   pemimpin  tertinggi  menolak  untuk  melibatkan  rakyat  dalam  soal  ini.


                   Disebabkan  terlalu  ingin  untuk  menunjukkan  kekuatan  dengan

                   memenangi  peperangan  dan  tamakkan  hasil  emas  yang  terdapat  di


                   Pulau Payung,” dia menambah lagi dengan panjang lebar.




                          Kesejukan alat penghawa dingin jelas terasa mengepung seluruh

                   ruang bilik Dato’ Orang Kaya Jingga Ketua Negara Naga Sakti.




                          Sambil  enak  bersandar  di  atas  kerusi  pusing  yang  empuk


                   fikirannya jauh melayang. Dengan angan-angan memiliki kekayaan dan

                   kemewahan.  Sekiranya  Pulau  Payung  jatuh  ke  tangan  negara  yang


                   diperintahnya.




                          Lamunannya serta-merta terhenti apabila kedengaran bunyi pintu

                   biliknya diketuk orang.





                          “Masuk!” arahnya dengan pantas.










                                                             331
   326   327   328   329   330   331   332   333   334   335   336