Page 327 - JALAN PULANG
P. 327

“Ini  buktinya,  Dato’  Laksamana!”  Panglima  Bentara  Betong

                   menyerahkan laporan yang diterima daripada pasukan pengintip kepada


                   Dato’ Laksamana Rentaka.




                          Dia  kemudiannya  pantas  menyambut  laporan  yang  diserahkan


                   oleh  Panglima  Bentara  Betong  itu.  Dan  membacanya  dalam  diam.

                   Selepas  membaca  laporan  itu  Dato’  Laksamana  Rentaka  memandang


                   semula  muka  Panglima  Bentara  Betong.  Dan  berkata  dengan  penuh

                   yakin.




                          “Kalau  begini  kekuatan  musuh  seperti  yang  dilaporkan  oleh


                   pasukan  pengintip  sudah  pasti  Pulau  Payung  yang  kaya  dengan  emas

                   akan menjadi milik kita!”




                          Sementara itu angkatan perang laut Negara Debunga Wangi juga


                   telah bersiap sedia untuk menghadapi pertempuran. Dengan angkatan

                   perang laut Negara Naga Sakti. Angkatan perang laut Negara Debunga


                   Wangi dipimpin oleh Dato’ Laksamana Budiman.




                          Lamunannya yang jauh melayang itu memikirkan sesuatu sambil


                   memandang  laut  membiru  yang  tenang  lantas  terhenti.  Apabila

                   Panglima Bentara Jantan menghampirinya dan bersuara.







                                                             327
   322   323   324   325   326   327   328   329   330   331   332