Page 328 - JALAN PULANG
P. 328

“Pulau Payung,” jawabnya pendek.




                          “Kerana  Pulau  Payung  kita  terpaksa  berperang  dengan  Negara


                   Naga Sakti. Sedangkan sejarah telah membuktikan yang Pulau Payung

                   adalah milik kita yang sebenarnya.”




                          “Mungkin  kerana  berebutkan  emas  Negara  Naga  Sakti  sanggup


                   bertumpah darah dengan kita,” Panglima Bentara Jantan menambah.




                          Dato’  Laksamana  Budiman  sebaliknya  hanya  berdiam  diri.  Dan

                   menarik  nafas  yang  panjang.  Apabila  mendengar  kata-kata  Panglima


                   Bentara Jantan.




                          Agak  lama  kemudian  barulah  Dato’  Laksamana  Budiman

                   bersuara.  Untuk  membalas  apa  yang  dikatakan  oleh  pegawai  tentera


                   laut Negara Debunga Wangi itu.




                          “Seperti  yang  telah  diputuskan  oleh  Ketua  Negara  dalam

                   Mesyuarat Negara kekayaan hasil emas bukan dimiliki oleh pemerintah


                   dan pemimpin-pemimpin tapi diagihkan kepada rakyat.”














                                                             328
   323   324   325   326   327   328   329   330   331   332   333