Page 358 - JALAN PULANG
P. 358

Mereka  nampaknya  sudah  lupa  pada  budaya  yang  menjadi

                   pegangan  datuk  nenek  moyang  mereka  dulu.  Lebih  agresif  dengan


                   budaya barat. Rock, rap dan GQ yang kini di mana-mana.




                          Atas alasan yang kukuh bahawa mengikut peredaran zaman. Aku


                   tak  setuju!  Hatinya  memberontak  kuat.  Geram!  Dia  seolah-olah

                   melepaskan protes yang telah lama bersarang di dadanya dan dia nyata


                   sekali membantah sekeras-kerasnya.




                          Mengapa  kau  mempunyai  alasan  begitu?  Terdengar  suara-suara

                   yang inginkan kepastian yang penuh darinya.




                          Kita  mempunyai  budaya  sendiri.  Mengapa  harus  meniru  budaya


                   orang  lain?  Tambahnya  lagi  dengan  penuh  berkobar-kobar.  Suara  itu

                   membalas dengan ketawa yang terbahak-bahak seperti bunyi motosikal


                   yang tersumbat enjinnya.




                          Sial! Rungut hati kecilnya.




                          “Lu, kolotlah brother!”




                          “Ketinggalan zaman!”







                                                             358
   353   354   355   356   357   358   359   360   361   362   363