Page 359 - JALAN PULANG
P. 359

“Lu, apa peduli. Gua punya sukalah!”




                          “Brother, lu kampung marilah!” Demikianlah antara jawapan yang


                   menyumbat cuping telinganya.




                          Suhu  darahnya  kian  mendidih.  Umpama  singa  yang  lapar  mahu

                   menyambar  mangsanya.  Namun  dia  tetap  bersabar.  Dunia  sekarang


                   sudah  berubah  bukan  seperti  dulu  lagi.  Tak  mengapa.  Biarkanlah!

                   Asalkan mereka tidak lupa dengan tanggungjawab sebagai manusia dan


                   tidak mendekatkan diri dengan dadah.




                          Dia  pantas  berlalu  pergi  dari  situ.  Meninggalkan  mereka  yang

                   masih  terkinja-kinja  lagi.  Seronok  dengan  dunia  remaja  yang  mereka


                   alami.




                          Sebentar kemudian sebuah kereta Mercedes Benz yang berwarna

                   hitam  melintasi  di  depannya.  Ia  milik  seorang  lembaga  pengarah


                   Syarikat  Seroja  Holdings  Sdn.  Bhd.  Harta  kekayaannya  melimpah-

                   limpah.  Rumahnya  sebuah  banglo  mewah  tiga  tingkat  yang  terletak  di


                   Ukay Height.




                          Siang dan malam asyik memburu kekayaan.








                                                             359
   354   355   356   357   358   359   360   361   362   363   364