Page 357 - JALAN PULANG
P. 357

Satu  persoalan  yang  timbul  ialah  apakah  kita  benar-benar  kini

                   menghayati  erti  kemerdekaan  yang  sebenar?  Apakah  kita  sudah  lupa


                   pada  Mat  Kilau,  Datuk  Bahaman,  Tok  Gajah,  Tok  Janggut,  Leftenan


                   Adnan  serta  pejuang-pejuang  kemerdekaan  yang  lain?  Mereka  semua

                   telah berkorban demi negara yang tercinta.




                          Cita-cita  mereka  cuma  satu  iaitu  mengusir  penjajah  dari  bumi


                   yang bertuah ini. Demi kemerdekaan anak cucu-cicit mereka. Alangkah

                   beruntungnya kita. Dia lantas diam membisu seribu bahasa.




                          Kakinya belum mengenal erti penat. Terus menapak. Matlamatnya


                   yang  satu  itu  belum  lagi  tercapai.  Dia  tidak  akan  pulang  selagi  tidak

                   menemui  jawapan  itu.  Kompleks  membeli-belah  tumbuh  bagai


                   cendawan selepas hujan. Ia lebih peka mengajar pelanggannya ke arah

                   pembaziran yang berleluasa dan budaya lepak di kalangan remaja.




                          Ditenungnya  muka  mereka  semua  satu  persatu.  Sebagai  daun


                   hijau  yang  masih  muda  lagi.  Harapan  negara  pada  masa  depan.  Maju

                   mundurnya  negara  sebenarnya  adalah  terletak  di  atas  tangan  mereka.


                   Andainya mereka lemah, negara mudah dijajah oleh kuasa asing.














                                                             357
   352   353   354   355   356   357   358   359   360   361   362