Page 356 - JALAN PULANG
P. 356
yang sedang mencari sesuatu yang paling berharga dalam hidupnya. Dia
masih merasa belum puas.
Kota terlalu besar. Dan apa yang ada di dalamnya? Dia sendiri
tidak tahu. Persoalan yang sentiasa mengisi kotak fikirannya. Hari itu
cuaca cerah sahaja. Bola matahari tepat di kepala. Jalur-jalur
cahayanya kelihatan amat jelas sekali menyinari alam semesta.
Bahangnya terasa amat ketara sekali menggigit permukaan kulit.
Pedih mencakar-cakar. Sementara penghuninya bertebaran di mana-
mana saja mengisi seluruh ruang kota. Tak ubah seperti dilanggar
garuda. Kadar penghuninya kian bertambah dari masa ke semasa.
Jalan raya dipenuhi dengan pelbagai rupa kenderaan.
Memuntahkan asap hitam dan gas beracun. Penyakit. Zahirnya memang
ada, batuk-batuk dan lelah. Hospital dan klinik boleh dikatakan saban
hari terpaksa menampung jumlah pesakit yang ramai.
Pencemaran! Amat merungsingkan fikirannya. Pohon-pohon
semuanya telah ditumbangkan oleh raksasa bergigi besi untuk projek
pembangunan. Fikirannya enggan berhenti berbicara. Berputar ligat bak
kipas. Mimpi! Tidak! Dia sebenarnya tidak bermimpi. Ia adalah sebuah
kenyataan yang kini sedang membelenggu hidupnya.
356

