Page 392 - JALAN PULANG
P. 392

“Antara  manusia  dan  Tuhan  mempunyai  jurang  pemisah  yang

                   amat  dalam.  Tuhan  bersifat  pencipta  dan  berkuasa.  Ke  atas  seluruh


                   manusia dan alam semesta.”




                          “Aku amat bersetuju sekali dengan kata-kata kau itu. Kita sebagai


                   manusia hanya hidup buat sementara waktu sahaja di atas muka bumi

                   ini.  Akhirat  jualah  tempat  buat  kita  selama-lamanya,”  sokong  Hafizah


                   pula.




                          “Dengan  matlamat  untuk  menimbulkan  kesedaran  di  kalangan

                   pembaca. Kadangkala aku merasa diri ini masih lagi serba kekurangan,”


                   Hafiz menambah.




                          Dari  segi  mesej,  Hafizah  berwajah  ceria  dan  anggun.  Umpama

                   bidadari dari syurga. Yang turun ke bumi bersama haruman kasturi.




                          Sepi.  Tiba-tiba  mengambil  tempat.  Macam  berada  di  ruang  yang


                   sunyi.  Ungkapan  ini  betul-betul  meninggalkan  kesan  yang  mendalam

                   dari segi maksdnya. Mereka enggan berbicara. Seperti ada kuasa yang


                   mengunci  rapat  mulut  Hisham  dan  Hafizah.  Pohon-pohon  yang


                   menghijau  bagai  bernyanyi-nyanyi.  Sambil  meliuk-liuk  ke  kiri  dan

                   kanan.  Di  kaki  langit  gumpalan  awan  hitam  seakin  tebal  meliputi

                   permukaannya.  Hujan  akan  turun.  Semenjak  dari  pagi  tadi  hingga  ke





                                                             392
   387   388   389   390   391   392   393   394   395   396   397