Page 393 - JALAN PULANG
P. 393
petang cuaca amat panas memijar sekali. Semua ini adalah rahmat
Tuhan. Kita harus bersyukur menerimanya. Hisham tidak mahu
keadaan ini berlarutan.
“Mari kita ke sana!” katanya sambil mengangkat kepala menunjuk
ke arah restoran yang terletak berhampiran dengan taman.
“Hari pun dah nak hujan. Terlalu banyak bercakap tekak pun dah
naik kering,” tambahnya lagi.
“Baiklah!” Hafizah sebaliknya tidak membantah dan
menganggukkan kepala. Dia mengukir senyuman kecil. Mereka bingkas
bangun daripada kerusi kayu yang terletak di bawah pohon yang
rendang. Mereka bernasib baik. Setibanya di dalam restoran hujan pun
turun dengan lebat. Pelanggan tidak ramai. Boleh dikira dengan jari
dalam anggaran dua tiga orang sahaja. Hisham dan Hafizah memilih
tempat duduk di sudut yang paling sepi. Bebas daripada sebarang
gangguan. Mereka sama-sama memesan minuman yang sama daripada
pelayan. Dua gelas air fresh orange. Hafizah memecahkan kebisuan.
“Apakah erti sebenar sebuah persahabatan?” Dia nampaknya tak
putus-putus menduga Hisham.
393

