Page 434 - JALAN PULANG
P. 434

“Saya  ucapkan  berbanyak-banyak  terima  kasih  kepada  ayah

                   kerana  dengan  doa  dan  dorongan  ayah  selama  inilah  maka  saya  telah


                   berjaya mengecapi kejayaan yang gemilang.”




                          “Berhati-hatilah  Darus  semasa  menjalankan  tugas.  Ingatlah


                   kepada Tuhan selalu. Sembahyang apabila tiba waktunya.”




                          “Syabas,  Darus!  Awak  memang  hebat.  Saya  harap  awak

                   meneruskan  lagi  kecemerlangan  ini  di  masa-masa  akan  datang,”  puji


                   Kolonel Abdullah sambil menjabat erat tanganku. Tapi aku tidak mudah

                   kembang dengan pujian itu.




                          “Terima  kasih,  tuan.  Kejayaan  ini  adalah  kejayaan  kita  bersama


                   juga.  Saya  juga  sentiasa  berdoa  agar  Batalion  ke-10  akan  mendapat

                   kejayaan yang lebih cemerlang lagi di masa akan datang,” balasku pula.




                          Begitu  cepat  waktu  berlalu.  Tanpa  disedari  senja  perlahan-lahan


                   merangkak tiba melabuhkan tirainya menyambut malam. Bola matahari

                   yang berwarna seperti buah pinang masak sudah tidak kelihatan lagi.





                          Malam  begitu  pekat  sekali.  Awal-awal  lagi  aku  sudah  masuk  ke

                   dalam khemah. Senjata M16 sentiasa sahaja setia berada di sisi. Bulan

                   dan  bintang  tetap  indah  bersinar.  Bunyi  cengkerik  bersahut-sahutan.





                                                             434
   429   430   431   432   433   434   435   436   437   438   439