Page 435 - JALAN PULANG
P. 435

Bayu  malam  terasa  dingin  merembes  seluruh  tubuh.  Hutan  belantara

                   sudah  menjadi  rumah  kedua  buatku.  Sepanjang  menceburkan  diri


                   dalam bidang ketenteraan sudah tiga kali aku tidak dapat menyambut


                   Hari  Raya  Aidilfitri  bersama-sama  dengan  keluarga  yang  tersayang

                   kerana terpaksa bertugas di perbatasan. Dua kali aku terpaksa beraya


                   di hutan dan sekali di kem.




                          Hati  mana  yang  tak  sedih  kerana  terpaksa  berjauhan  dengan

                   keluarga di hari yang mulia.




                          Tambahan  memilukan  lagi  apabila  terkenangkan  takbir  yang


                   bergema  di  pagi  raya  serta  menikmati  juadah  ketupat,  lemang  dan

                   rending  bersama-sama  dengan  keluarga  tersayang.  Tetapi  demi


                   mempertahankan  negara  yang  tercinta  kesyahduan  dan  kepiluan

                   terpaksa diketepikan.




                          Sebenarnya aku baru sahaja mendirikan rumah tangga kira-kira


                   tiga  bulan  yang  lalu  dengan  gadis  pilihanku  sendiri.  Aida  namanya.

                   Kami  berkenalan  sewaktu  sama-sama  menuntut  di  Sekolah  Menengah


                   Seri  Ampangan,  Seremban.  Waktu  itu  aku  menuntut  dalam  tingkatan


                   lima manakala Aida pula menuntut dalam tingkatan tiga.










                                                             435
   430   431   432   433   434   435   436   437   438   439   440