Page 449 - JALAN PULANG
P. 449

pengaruh  psikologis  yang  sangat  kuat  dalam  kehidupan  masyarakat

                   Melayu walaupun diketahui umum bahawa pada mulanya ia dijadikan


                   sebagai  senjata.  Kemudian  ia  bertukar  menjadi  barang  keramat  yang


                   dihormati. Kepercayaan demikian masih meresap sampai sekarang.




                          “Saya  masih  kabur  dengan  fakta  yang  terdapat  di  dalam  buku

                   “Keris dan Asal Usulnya” di mana ia mengatakan bahawa pada zaman


                   kerajaan  Islam  khususnya  di  Tanah  Melayu  dan  masyarakat  Melayu

                   amnya,”  ujarku  pula  dengan  panjang  lebar  untuk  meminta  penjelasan


                   daripada Encik Talib.




                          Dia nampaknya tidak keberatan untuk menjawab soalanku itu.




                          “Dalam lingkungan istana, keris merupakan tanda kebesaran atau

                   darjat  serta  tanda  pangkat  dan  kelengkapan  pakaian  untuk  upacara-


                   upacara  rasmi.  Dalam  kehidupan  masyarakat  Melayu  pula,  ia

                   merupakan kelengkapan pakaian rasmi dan barang pusaka yang amat


                   dihargai  serta  dimuliakan.  Tetapi  lama-kelamaan  keris  tidak  lagi

                   dianggap sebagai kelengkapan pakaian, bahkan ia menjadi ukuran harta


                   seseorang  yakni  apabila  sarung  keris  diperbuat  daripada  logam  yang


                   mahal.  Keris  turut  berfungsi  sebagai  kelengkapan  pakaian,  dipakai

                   dalam  upacara  rasmi  di  istana,  upacara-upacara  beradat  dan  juga

                   dalam  pertunjukan  yang  bersifat  kesenian.  Tidak  hairanlah  mengapa





                                                             449
   444   445   446   447   448   449   450   451   452   453   454