Page 445 - JALAN PULANG
P. 445

“Perubahan ini dapat diperhatikan misalnya pada keris yang pada

                   mulanya  merupakan  senjata  telah  bertukar  menjadi  barang  keramat


                   yang  dihormati,  dipuja,  lambing  ikatan  keluarga,  tanda  jasa,  tanda


                   pangkat  atau  kuasa,  barang  mewah  serta  lama-kelamaan  dianggap

                   sebagai karya seni,” sambungnya lagi penuh perasaan.




                          “Bagaimana pula dengan peranan seorang Pandai Besi atau Empu


                   yang ditugaskan membuat keris?” soalku lagi.




                          “Biasanya  seorang  Empu  terdiri  daripada  keluarga  diraja  atau

                   Penggawa  dalam  lingkungan  istana.  Oleh  yang  demikian  pada  zaman


                   dahulu pusat-pusat pembuatan keris berpindah-pindah mengikut jatuh

                   bangunnya  sesuatu  kerajaan.  Keris  biasanya  dibuat  atas  titah  Raja.


                   Hasil daripada fenomena inilah yang telah menggolongkan keris sebagai

                   kebudayaan istana. Namun begitu ada juga keris dibuat di luar istana


                   tetapi ia masih lagi dalam pengawasan istana,” ujarnya pula.




                          Baharu  aku  tahu  kini.  Keris  yang  merupakan  sejenis  senjata

                   pendek kebangsaan Melayu turun-temurun yang digunakan sejak lebih


                   daripada 600 tahun yang lalu bukan sahaja digunakan sebagai senjata


                   untuk mempertahankan serangan musuh tetapi juga dijadikan sebagai

                   alat kebesaran Diraja serta disanjung tinggi dan sering dikaitkan dengan

                   kesaktian  dan  keistimewaan  yang  luar  biasa.  Buktinya  keris  boleh





                                                             445
   440   441   442   443   444   445   446   447   448   449   450