Page 453 - JALAN PULANG
P. 453

dihias  dengan  perak  atau  emas.  Ganja  yang  merupakan  sekeping  besi

                   waja akan menjadikan mata keris bertambah lebar dari bawah ke atas


                   apabila  dipasang  di  kepala  mata.  Ia  bertujuan  untuk  menyelamatkan


                   buku lali tangan daripada mata keris  musuh daripada bertikam. Keris

                   juga  mempunyai  Pendongkok  iaitu  benda  perhiasan  yang  biasanya


                   dipasang di bawah hulu keris. Bentuknya seperti cawan kecil yang rapat

                   dengan hujung hulu. Ia dipasang di antara hulu keris dengan mata yang


                   biasanya dibuat daripada tembaga atau emas celup.




                          Seperkara  lagi  yang  menarik  tentang  Pendongkok  keris  ialah  ia

                   direka  bentuk  menyerupai  sebentuk  cincin  yang  dipasang  di  bahagian


                   pangkal  hulu  keris  sebagai  perhiasan  dan  juga  pembahagi  di  antara

                   hulu serta mata keris. Biasanya Pendongkok diperbuat daripada perak


                   atau tembaga dan dihiasi dengan motif-motif bunga dan juga tumbuh-

                   tumbuhan. Ia biasanya dihasilkan melalui teknik-teknik filigree, repouse


                   dan juga tebuk iaitu mengikut kebiasaan pertukangan emas, perak dan

                   tembaga.  Sungguhpun  jelas  kelihatan  Pendongkok  mempunyai  bentuk


                   yang  stereotaip  namun  ia  dapat  dibezakan  melalui  reka  corak  serta

                   teknik-teknik ia dihasilkan dalam membentuk hiasan tersebut.





                          Namun  begitu  ada  juga  Pendongkok  yang  dilengkapkan  dengan

                   hiasan  tatahan  batu  permata  yang  dicengkam  kukuh  oleh  gandar-








                                                             453
   448   449   450   451   452   453   454   455   456   457   458