Page 452 - JALAN PULANG
P. 452

“Saya memperolehinya daripada Kurator Unit Ethnologi di Jabatan

                   Muzium  dan  Antikuiti.”  Aku  tidak  teragak-agak  untuk  membuat


                   pengakuan.




                          “Nampaknya  awak  lebih  bijak  daripada  saya!”  Dia  sebaliknya


                   menghamburkan           kata-kata     pujian     kepadaku       sambil     mengukir

                   senyuman yang lebar. Tetapi aku tidak mudah kembang dengan pujian


                   yang  telah  diberikannya  itu.  Aku  terus  menumpukan  perhatian  untuk

                   mendengar kata-kata yang akan keluar daripada bibir mulutnya.




                          “Memang  tidak  dapat  dinafikan  lagi  semuanya  ini  telah


                   memberikan ilham kepada bahan yang sama di mana terdapat hiasan-

                   hiasan pada keris itu baik pada hulu, rangka mahupun pada bilah serta


                   sarungnya  adalah  merupakan  hasil  seni  tersebut.  Semuanya  ini

                   dihasilkan menerusi karya seni yang tinggi mutunya dan keahlian yang


                   sempurna,” ucap Encik Talib pula.




                          Apa yang telah diperkatakan oleh Encik Talib tadi mengingatkan

                   aku pada bahagian-bahagian sebilah keris Melayu yang terdiri daripada


                   hulu,  mata  dan  sarung.  Bagiku  ketiga-tiga  bahagian  ini  begitu  unik


                   sekali  dari  segi  pembuatannya.  Hulu  diperbuat  daripada  kayu,  tulang,

                   gading  dan  juga  daripada  perak  atau  emas.  Mata  diperbuat  daripada

                   besi  waja.  Sarung  keris  pula  diperbuat  daripada  kayu  dan  adakalanya





                                                             452
   447   448   449   450   451   452   453   454   455   456   457