Page 487 - JALAN PULANG
P. 487

“Bagaimana?”  Bunyi  suaranya  garau.  Mengaum  bak  singa  lapar

                   yang mahu menerkam mangsanya. Amat sesuai sekali dengan sifatnya.


                   Hampir memecahkan ruang tamu rumah yang usang itu. Yang menjadi


                   markas kumpulan Helang Hitam sejak berkurun-kurun lamanya.




                          Tahir tersentak dengan persoalan itu.




                          Namun dia tidak gentar sedikitpun, memberanikan diri. Dia telah

                   lama bersiap sedia untuk menghadapinya. Dia tahu. Membantah kata-


                   kata Din Jambang bererti menempah maut.




                          Dia menggelengkan kepala sebagai tanda membantah.




                          “Tidak!”




                          “Mengapa?” soal Din Jambang dengan penuh angkuh.




                          Sambil  mengatur  langkah  lima  tapak.  Kemudian  perlahan-lahan

                   melabuhkan punggung di atas kerusi yang bertentangan dengan Tahir.


                   Kedua-dua belah kakinya lalu disilangkan di atas meja yang berbentuk


                   empat segi itu.










                                                             487
   482   483   484   485   486   487   488   489   490   491   492