Page 490 - JALAN PULANG
P. 490

Din Jambang lantas naik berang bila mendengar kata-kata itu.




                          Api  kemarahannya  kian  memuncak.  Bagai  disimbah  minyak.


                   Panas! Marak menyala.




                          “Lagi,  lagi  takdir!”  Din  Jambang  bersuara  lantang.  Sambil

                   melepaskan  tumbukan  yang  kuat  di  atas  meja.  Kedua-dua  belah


                   kakinya pantas ditarik semula turun ke bawah.




                          “Ini semua adalah ketentuan Tuhan, Din,” sokong Tahir lagi.




                          “Ya! Sekarang baru kau mengenal Tuhan. Tapi sebelum ni?” soal

                   Din  Jambang  bertubi-tubi  kali.  Umpama  muntahan  peluru  daripada


                   muncung mesin-gun.




                          “Kita sebagai manusia amat kerdil di sisi-Nya.”




                          “Maksud kau kita jadi begini kerana takdir?” Din Jambang terus

                   menagih kepastian.





                          “Din,  kita  dah  jauh  tersesat.  Dan  kita  harus  kembali  semula  ke

                   pangkal jalan.” Tahir cuba memujuk.







                                                             490
   485   486   487   488   489   490   491   492   493   494   495