Page 489 - JALAN PULANG
P. 489

“Kau dah silap agaknya!” Muka Din Jambang turut berubah. Dia

                   berasa  pelik.  Dengan  tiba-tiba  sahaja  Tahir  berani  membantah.


                   Selalunya  sebagai  orang  kanan  dia  patuh  pada  segala  arahan.  Tanpa


                   banyak  soal  dan  karenah.  Namun  Tahir  tetap  mempertahankan

                   hujahnya.




                          “Memang selama ini aku silap, Din. Dan kini sudah tiba masanya


                   untuk aku membetulkannya. Din Jambang memadamkan api rokok di

                   atas simen. Kemudian memijakkannya hingga lenyek.




                          Dia  lantas  ketawa  terbahak-bahak.  Hingga  tertutup  kedua-dua


                   belah matanya. Begitu juga dengan bahunya turut terangkat. Gemanya

                   menyusup  melalui  celah-celah  dinding  yang  retak.  Kerana  terlalu


                   gelihati.  Tetapi  bagi  Tahir  ia  adalah  suatu  penghinaan.  Dia  merenung

                   lama wajah Din Jambang dengan penuh tegas.




                          “Kau  tak  ingat  ke?  Hendak  menempah  maut!”  Din  Jambang


                   memberi amaran sambil menudingkan jari kanannya ke arah Tahir. Dia

                   cuba  mengugut.  Agar  Tahir  menarik  balik  keputusannya.  Tetapi  Tahir


                   tetap bertekad, dia tidak akan tunduk dengan ugutan itu.




                          “Apa nak buat kalau sudah ditakdirkan aku akan maut di hujung

                   senjata kau.”





                                                             489
   484   485   486   487   488   489   490   491   492   493   494