Page 523 - JALAN PULANG
P. 523

Seman berasa bosan melihat gelagat yang ditunjukkan oleh Pak Hamid

                   itu sambil berkata:


                          “Sudahlah! Jangan dikir-fikirkan lagi. Orang-orang kampung yang


                   lain sudah pun setuju menjual tanah sawah mereka. Cuma Pak Hamid

                   seorang  aje  yang  belum  memberi  kata  putus!”  Seman  ternyata  belum


                   berputus  asa  terus  mempengaruhi  Pak  Hamid  agar  mengubah

                   pendiriannya.




                          Perlahan-lahan dia mengangkat muka. Kemudian bersuara:


                          “Aku  tak  setuju,  Seman!”  dia  bersuara  sambil  menggeleng-

                   gelengkan kepala.




                          Serta-merta  sahaja  wajah  Seman  diselaputi  rasa  hampa  bila


                   mendengar jawapan itu.




                          Umpama bala tentera yang kecundang di medan perang.




                          “Apalagi yang Pak Hamid mahu?” Seman mengeluh.




                          “Ini  tanah  pusaka  aku,”  jawab  Pak  Hamid  mempertahankan


                   haknya. Perdebatan antara mereka berdua makin hebat.



                          “Jadi, Pak Hamid tak suka pembangunan?”





                                                             523
   518   519   520   521   522   523   524   525   526   527   528