Page 525 - JALAN PULANG
P. 525

Reaksi  Seman  pula  umpama  orang  yang  tak  berdaya  lagi  untuk

                   meneruskan  hidup  bila  mendengar  kata-kata  yang  terkeluar  daripada


                   mulut Pak Hamid.




                          “Tak sesuai macam mana lagi, Pak Hamid?”




                          “Seman, kau tahu bukan bahawa sisa-sisa bahan buangan kilang


                   itu akan mencemarkan seluruh kampung ini termasuk sekali air sungai.

                   Asapnya pula mendatangkan penyakit kepada orang kampung,” ujar Pak


                   Hamid pantas membantah projek tersebut.




                          “Pak Hamid jangan menolak tuah!” Seman mengutarakan alasan

                   yang  kukuh.  Agar  dapat  melembutkan  hati  Pak  Hamid  yang  keras


                   seperti seketul batu pejal.




                          “Tidak, Seman!” Pak Hamid menggelengkan kepala.




                          Dia  tetap  berdegil.  Walau  apa  pun  yang  bakal  terjadi  dia  tetap

                   tidak  akan  menjualkan  tanah  sawahnya  yang  luas  cuma  sekangkang


                   kera itu.














                                                             525
   520   521   522   523   524   525   526   527   528   529   530