Page 528 - JALAN PULANG
P. 528

Tubuhnya  yang  kurus  itu  disandarkannya  pada  tiang  seri.  Mak

                   Limah hanya memandang sahaja kelakuan suaminya.





                          Bola matahari kian meninggi. Panasnya hingga boleh mencairkan

                   otak.




                          Ruang anjung rumah ditutupi dengan setengah dinding papan. Ini


                   menjadikan  angin  mudah  menerpa  masuk.  Terasa  segar  bila  menyapu

                   permukaan kulit Pak Hamid dan Mak Limah yang dimakan kedut.




                          “Entahlah,” Pak Hamid mengeluh.




                          “Kenapa pulak, bang?”




                          Mak  Limah  semakin  berminat  untuk  mengetahui  dengan  lebih


                   lanjut lagi dan perlahan-lahan menghampiri suaminya.




                          “Tak  lama  lagi  projek  kilang  simen  akan  bermula  di  kampung

                   kita.”





                          “Jadi?” tanya Mak Limah tak putus-putus.










                                                             528
   523   524   525   526   527   528   529   530