Page 526 - JALAN PULANG
P. 526

“Seman, sampai mati pun aku tak akan jual,” ikrarnya lagi dengan

                   berkobar-kobar.  Seman  memandang  tepat  wajah  orang  tua  yang


                   bersemangat besi waja itu.




                          “Baiklah!” Seman bersuara sambil mengangguk.




                          “Tapi saya yakin suatu hari nanti saya akan dapat jugak membeli


                   tanah itu.”




                          Pak  Hamid  hanya  diam.  Membisu  seribu  bahasa.  Tanpa  berkata

                   walau sepatah pun.




                          Seman bergegas pergi dari halaman rumah Pak Hamid menuju ke


                   arah  kereta  Mercedes  Benz  yang  berwarna  hitam  pekat.  Tangannya

                   begitu pantas membuka pintu. Dan menghempaskannya semula dengan


                   kuat. Seolah-olah melepaskan kemarahan yang memuncak kepada Pak

                   Hamid.




                          Secepat kilat dia menghidupkan enjin mengaum bunyinya seperti


                   seekor  harimau  yang  lapar  mahu  menerkam  mangsanya.  Pak  Hamid


                   memandang sahaja gelagat yang sengaja dipamerkan oleh Seman itu.










                                                             526
   521   522   523   524   525   526   527   528   529   530