Page 79 - JALAN PULANG
P. 79

Serentak  dengan  itu  juga  bahasa  Melayu  akan  diiktiraf  sebagai

                   bahasa  kebangsaan  dan  bukan  bahasa  Inggeris  yang  dibawa  oleh


                   British.  Rakyat  Tanah  Melayu  tidak  akan  melihat  Bendera  Union  Jack


                   berkibaran. Nyanyian lagu God Save The Queen juga hilang. Kenyataan!

                   Bukan  lagi  mimpi.  Hussin  memandang  ke  arah  Ali  dan  Sidik  yang


                   menjadi  rakan  seperjuangannya.  Mereka  mempunyai  impian  dan  cita-

                   cita  yang  sama.  Tak  lain  tak  bukan  iaitu  kemerdekaan.  Bergema  dan


                   berkumandang  di  mana-mana  sahaja  dan  ternyata  perjuangan  selama

                   ini telah mencapai puncak kejayaan.




                          Tiba-tiba  dia  teringatkan  Musa  dan  Leman  pada  hari  yang


                   bersejarah ini. Musa telah menjadi gila kerana tidak dapat melanjutkan

                   pelajaran  ke  luar  negeri  akibat  ditipu  oleh  Tuan  Gordon  manakala


                   Leman  pula  menyerah  diri  kepada  pihak  berkuasa  apabila  menyedari

                   perjuangannya bersama komunis adalah sia-sia sahaja.




                          Sayang sekali. Sepatutnya kau berdua bersama-sama dengan aku


                   dan  seluruh  rakyat  Tanah  Melayu  meraikan  hari  yang  keramat  ini

                   walaupun kita tak sehaluan! Cetus hati Hussin.





                          Dia  kemudiannya  merenung  pula  wajah  Ali  dan  Sidik  yang

                   kelihatan  terpancar  ketulusan  dan  keikhlasan  bersama  sinar








                                                             79
   74   75   76   77   78   79   80   81   82   83   84