Page 86 - JALAN PULANG
P. 86

“Saya  benar-benar  perlukan  pertolongan  awak,  Samad,”  kata

                   Encik Johan.





                          “Apa dia, Encik Johan?” dia menyoal ketuanya.




                          “Projek  perumahan  Taman  Mewah  saya  akan  serahkan  kepada

                   awak untuk uruskannya.”




                          “Setahu  saya  projek  perumahan  tu  Encik  Johan  dah  serahkan


                   pada Encik Khalid untuk uruskan. Nanti apa pulak kata dia?”




                          “Betul.  Tapi  pengalaman  awak  diperlukan.  Dia  belum  mencapai

                   apa  yang  saya  mahukan  dalam  dunia  perniagaan.  Selalu  mengambil


                   tindakan  lambat.  Projek  ni  dah  terbengkalai  hampir  dua  minggu.  Kita

                   juga yang rugi nanti. Awaklah yang saya harapkan untuk menyelesaikan


                   masalah ini.”




                          “Baiklah,  Encik  Johan.  Saya  akan  pastikan  projek  ini  berjalan

                   semula dan syarikat tidak mengalami kerugian.”





                          Ternyata  harapan  yang  disandarkan  oleh  Encik  Johan  padanya

                   tidak  sia-sia.  Projek  perumahan  Taman  Mewah  yang  terbengkalai

                   berjalan  semula  dan  siap  sepenuhnya.  Orang  yang  paling  gembira  tak





                                                             86
   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91